About Me

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KOTA KINABALU, PAPAR DAN BEAUFORT SABAH SERTA SELURUH MALAYSIA..SILA HUBUNGI SAYA UNTUK MENDAPATKAN KONSULTASI PERCUMA DARI SAYA TENTANG PRODUK SHAKLEE.. ANDA JUGA BOLEH MENGGUNAKAN ID SAYA ( 592034) UNTUK DIGUNAKAN DI MANA-MANA SHAKLEE BRANCH 016-587 9882

CACAR AIR

Cacar air adalah antara penyakit  yang senang dijangkiti  disebabkan satu kumpulan virus herpes. Ia menyebabkan ruam yang bersifat tersendiri dan simptom sama seperti flu ringan.

Anak pertama saya, furqan pernah menghidapi cacar air. Cuma yang merisaukan ia langsung tidak keluar di badan.. Cacar tersebut cuma di dalam badan.. Namun, Alhamdulillah.. Kami jaga dia mengikut nasihat doktor dan dia sembuh dengan cepat.. Macam orang sihat pula dia masa kena cacar tu :)
Ramai kanak-kanak mendapat cacar air semasa usia kecil mereka dan ia biasanya adalah penyakit ringan. Simptom penyakit akan kelihatan antara 10 dan 21 hari apabila anak anda dijangkiti cacar air.
Penyakit tersebut mudah menjangkiti orang lain dari masa dua hari sebelum ruam timbul sehingga semua bintik-bintik sudah kering. Biasanya dalam masa lebih kurang lima hari.

CACAR AIR

Bagaimana bayi dijangkiti cacar air?
Seorang yang sudah dijangkiti, apabila bersin atau berada rapat dengan bayi, boleh memnyebarkan bakteria cacar air. Anak anda boleh dijangkiti cacar air cuma dengan berada sama bilik dengan orang yang menghidap penyakit itu. Cacar air boleh juga dijangkiti dari seorang yang mempunyai kayap. Kayap disebabkan virus yang sama seperti cacar air.
Apakah simptom-simptom cacar air?
Cacar air selalunya bermula dengan simptom-simptom demam yang ringan:
*Demam
*Sakit kepala
*Mual
*Sakit-sakit badan
*Kurang selera
Lebih kurang dua hari kemudian, ruam cacar air timbul. Ia bermula sebagai bintik-bintik merah yang kecil dan akan bergelembung di sebelah atas dalam beberapa jam. Bintik-bintik ini akan bermula di muka bayi anda.
Bintik-bintik itu akan merebak ke dada dan perut, kemudian ke lain-lain bahagian badan, dan keluar secara berkelompok. Kadangkala disebabkan terlalu banyak bintik, ia kelihatan seakan-akan bercantum, tetapi kadangkala terdapat bintik jarang-jarang sahaja. Bintik-bintik yang lebih sakit terdapat atas kulit kepala, dalam mulut dan tekak, dan di keliling genital.
Apakah rawatan bersesuaian?
Cacar air adalah virus, jadi ia tidak memberi respon kepada antibiotik. Ia akan sembuh dengan sendiri, tetapi anda boleh melegakan simptom bayi dengan beberapa rawatan di rumah.
1.    Jika bayi anda tiga bulan atau lebih tua, anda boleh memberinya parasetamol atau ibuprofen bayi untuk menurunkan demam dan untuk melegakan sebarang sakit-sakit badan. Semak maklumat tentang dos di paket, atau tanya doktor atau ahli farmasi jika kurang pasti banyak mana hendak diberikan kepada bayi.
2.    Beri bayi anda banyak cecair untuk mengelakkannya nyahhidrat. Beri dia lebih susu ibu atau jika sudah makan beri makan makanan bayi.
3.    Untuk melegakan bintik-bintik gatal, anda boleh guna losen kalamin. Anda juga boleh cuba mencampurkan bikarbonat soda ke dalam mandian bayi untuk melegakan gatal-gatal.
4.    Jika bayi anda berusia  lebih setahun dan gatal-gatal itu mengganggunya terutama di sebelah malam, doktor  mungkin mempreskripsikan antihistamina chlorphenamine (Pirition). Ini juga mempunyai kesan sedatif yang boleh membantu dia lebih mudah tidur.
5.    Pastikan kuku bayi pendek jika dia suka menggaru. Ini membantu mengelakkan parut dan mencegah bintik mendapat infeksi.
6.    Pakaikan bayi baju kain benang yang longgar supaya kulitnya sentiasa sejuk dan kurang berasa gatal.

Credit to Majalah Pa & Ma

Saya merupakan Pengedar Shaklee di Sabah dan seluruh Malaysia. Hubungi saya sekiranya anda ingin mendapatkan KONSULTASI PERCUMA mengenai produk Shaklee yang bersesuaian dengan anda atau ingin mengetahui ejen Shaklee berdekatan anda. anda juga boel menghubungi saya jika ingin mengetahui di manakah cawangan Shaklee di Kota Kinabalu ;

Call/Msg/ Whatsapp : 016-587 9882
FB : Aryn Fadz Lee
FB Page : Vitaminku Sefamilee
Email : kawan_sya@yahoo.com