KeluargaHebat is back!
Assalammualaikum dan hai.. Alhamdulillah.. kami dapat kembali blog kami ini 🙂
Buat pengetahuan semua, maybe juga ada yang mencari-cari blog ini, blog ini ‘hilang’seketika dari dunia maya kerana masalah hosting dan domain. Ia bermula apabila saya sedar, bila tidak dapat langsung log in ke blog kami ini. Malah ketika saya membuat carian di Google, blog ini seperti tidak wujud. Allah.. Sedihnya
Ini membuatkan saya terfikir untuk membeli domain baharu apatah lagi saya tidak dapat menghubungi Provider hosting blog www.keluargahebat.com kami yang dulu.. Lantas saya membuat carian dan berjumpa dengan Serverfreak.
Walaupun baru sekadar bertanya, Staf Serverfreak sangat-sangat membantu. Dan dari situ baru saya sedar, ada announcement dari Provider lama yang memaklumkan mereka tidak dapat meneruskan perniagaan mereka lagi.
So, saya dengan bantuan Serverfreak berusaha untuk mendapatkan domain transfer dan berjaya. Sebab tu domain ini wujud kembali cuma semua psoting saya yang lama sudah tiada sebab masih di dalam hosting lama.
Tidak apalah..Asal dapat nama blog ini kembali, saya sangat-sangat bersyukur. Jenama blog ini sudah lama saya bina dan amat sayang untuk dilepaskan walaupun pada mulanya saya redha untuk melepasknnya dan mencari doman baru

Apapun, terima kasih pada para pembaca semua. Doakan tahun ini saya lebih rajin menulis dan berkongsi lebih banyak tips dengan anda. Selamat Hari Raya Aidilfitri saya ucapkan buat semua 🙂
Disini la sia dpt cari kmu utk supplement Shakless. 9 thn sudah kita berkawan 😀
Betul..sebab tu sy sayang domain keluargahebat.com ni..sebab ramai kenal kawan-kawan dari sini..Dari stranger to a friend 🙂
Eh Shaklee* 😂