Cara Mudah Menjaga Kesihatan Semasa Menziarahi Keluarga dan Saudara Mara

Assalammualaikum dan hai.. Hari ini masuk Raya ke-9 buat semua umat Islam.. Mesti ramai yang masih dijemput ke rumah terbuka bukan? Memandangkan ini adalah Aidilfitri yang dirai dalam fasa Endemik, semestinya ramai yang ingin meraikannya seperti 2 tahun sebelum ini, meriah selama sebulan 🙂

Namaun begitu jangan lupa jaga kesihatan dan ikut SOP yang ada kerana Covid-19 masih ada di sekeliling kita.

Antara yang boleh kita lakukan semasa Aidilfitri ini terutama ketika menziarahi keluarga dan saudara mara adalah;

1 . Pakai mask di tempat tertutup. Ini kita semua tahukan, kalau di tempat terbuka boleh sudah memilih untuk tidak pakai mask. Memang, pakai mask adalah sesuatu yang kurang selesa, tapi ia adalah salah satu langkah untuk mengurangkan jangkitan Covid-19 merebak dengan cepat. So, Be safe semua.

2. Guna hand sanitizer terutama sekali setiap kali bersalam. Rasanya semua orang tidak janggal tentang ini sudah.. Kalau dulu, memang kita dengar lagi calap-cakap yang kurang setuju dengan penggunaan Hand sanitizer tapi sekarang ia adalah suatu keperluan apatah lagi kita kembali bersalam-salaman seperti dahulu 🙂

3. Jaga pemakanan. Ramai yang risau tentang berat badan naik kan.. Makan boleh, tapi jagalah portion yg ada dan saya sangat-sangat sarankan anda untuk kurangkan minum manis dan banyakkan minum air kosong. Ia sangat membantu tau..hihi

4. Amalkan supplement atau mkanan tambahan terbaik. Inipun penting juga tau. Di kala dunia kita berdepan pelbagai ancaman kesihatan, jom amalkan vitamin atau maknan tambahan yang boleh membantu meningkatkan pertahanan badan kita. Ia bukan sahaja membantu kita tidak mudah lemah pada sebarang jangkitan tetapi boleh membantu kita tidak mudah letih terutama semasa menyediakan juadah kepada tetamu yang ada. Untuk ini, saya pilih makanan tambahan jenama Shaklee

Antara vitamin wajib kami sekeluarga. Vitamin C untuk kami suami isteri dan Hero Kiddo Untuk anak-anak

5. Dan yang terakhir, carilah masa untuk rehat walaupun banyak yang perlu dilakukan apatah lagi Aidilfitri ini tetamu datang tidak berhenti. Rehat yang cukup membantu minda dan badan mendapat energy yang sepatutnya. Kalau kurang rehat, kita akan cepat stres dan boleh membuatkan berat badan naik, masalah sakit kepala dan sebagainya.

Ok semua, selamat menikmati juadah Hri Raya anda yang sedap-sedap tu. Raya, raya juga. Kesihatan jangan lupa 🙂

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *